tangisan syahdu seorang anak disaat gegendang telinganya menyapa bisikan lembut dan penuh gemersik suara ayah melaungkan azan dan iqomat bagi kalimah pertama yang mulai mekar menusuk ke hati dan fikiran seorang anak yang masih lagi kemerahan.sangat indah dan bahagia punyai pelengkap kehidupan.tangan yang halus suci penuh kelembutan tiada cacat cela disentuh penuh kasih sayang dari tangan ayah dan ciuman mesra kebahagiaan ibu untuk pejuang mereka.senyuman ayah bertautan dimata kesayuaan ibu yang tidak sesekali melepaskan pelukan erat anak yang sekecil tangan ayah ibu.seribu rahmat pencipta anugerahkan untuk hambanya sejuta-juta kesyukuran sujud penuh takzim dengan kekuasaan ilahi dalam mencipta manusia yang seasalnya dari setitis air mani lelaki dan berkampung di kediaman wanita.penuh kebesaran pencipta kepada manusia,ya allah rabbu izati.manusia hanya kerdil seumpama seekor semut,namun tidak pernah melihat asal kejadiaan,tapi berangankan segah gunung tinggi menjulang di awangan.hakikatnya tidak sedemikian.selaut syukur penuh rahmat kerana masih dan akan terus bernafas dalam keredhaan rahmat allah yang berlandaskan ikutan rasul akhir zaman……. Subhana Allah,Alhamdulillah,Allahu akhbar….





















No comments:
Post a Comment