September 24, 2009

FrIeNdZ.....


UMPAMA MENCARI SEBUTIR MUTIARA DI DASAR LAUT MENDALAM KEBIRUAAN UNTUK
MEMBINA SATU IKATAN PERSAHABATAN.
MENCARI DI WAKTU LEKA BERJUTA BILANGAN NAMUN SAAT SEPI SEJARI TAK MAMPU MEMBILANG UNTUK KEHADIRAN DI SISI PEMANGKIN SEMANGAT
TIKA JIWA LUNTUR.
ANDAI INGIN MEMILIKI SEORANG SAHABAT SEINDAH EKSISTENSI PELANGI CERIA BEBAS MENAMPAKKAN DIRI
DAN SEJATI ERAT BERPEGANGAN UKHUWAH JADIKANLAH SEHOLISTIK TERAWAL DALAM JASAD KITA SEKEPING HATI IKHLAS JUJUR MENYEMAI BENIH UNTUK MENCAMBAHKAN KUNTUMAN KESETIAAN DALAM PERSAHABATAN
ANTARA KITA DAN SEMUA.........

September 9, 2009

InDaH PeRiBaDi MeNaWaN KaLbU....

Rasullullah SAW dalam kenangan umat akhir zaman…….

1)kalau ada pakaian yang koyak,nabi sendiri menampalkannya tanpa menyuruh isterinya.

2)jika pulang ke rumah,bila melihat tiada makanan yg sudah siap dimasak,nabi tidak marah sebaliknya dgn senyum menuju ke dapur membantu isterinya memasak.

3)jika mendengar azan,nabi cepat2 menuju ke masjid.jika tiada makanan untuk dimakan,nabi akan berpuasa.

4)nabi sangat marah bila seorang suami memukul isterinya yg merupakan teman tidurnya dan ibu kepada anak2nya.”sebaik2 lelaki adalah yg paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.

5)nabi tidak pernah rasa jijik sedikitpun bila makan di sebelah orang tua yg dipenuhi dgn kudis,miskin dan kotor.

6)pintu syurga telah terbuka seluas2nya buat nabi,namun masih tetap beribadat di malam yg sepi menyembah Ilahi sehinggakan kakinya bengkak kemerahan.

Sesungguhnya nabi adalah seorang hamba dan dirinya ingin menjadi hamba yg sentiasa bersyukur kepada pencipta alam Allah SWT…….

SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN UNTUK SEPOTONG AYAT……..

LaHiR SeOraNg PeJuaNg......

Pertama dalam sejarah berfikir melihat dan memahami erti sebuah pengorbanan seorang muslimah dan jua seorang bakal ibu yang disaat berjihad melawan kesakitan untuk melahirkan seorang pewaris mujahid mujahidah benteng kekuatan islam.menitis air salju kejernihan embun fajar yang penuh kegembiraan seorang ibu sedetik saat mendengar tangisan suara pertama penyeri rumah tangga bersama iringi sang bayu duniawi.seketika itu jua,seorang muslim dan jua seorang bakal ayah berdoa melakar harapan di sejadah tanpa jemu untuk kekuatan seorang isteri yang gering bertarung nyawa melahirkan generasi umat akhir zaman..
tangisan syahdu seorang anak disaat gegendang telinganya menyapa bisikan lembut dan penuh gemersik suara ayah melaungkan azan dan iqomat bagi kalimah pertama yang mulai mekar menusuk ke hati dan fikiran seorang anak yang masih lagi kemerahan.sangat indah dan bahagia punyai pelengkap kehidupan.tangan yang halus suci penuh kelembutan tiada cacat cela disentuh penuh kasih sayang dari tangan ayah dan ciuman mesra kebahagiaan ibu untuk pejuang mereka.senyuman ayah bertautan dimata kesayuaan ibu yang tidak sesekali melepaskan pelukan erat anak yang sekecil tangan ayah ibu.seribu rahmat pencipta anugerahkan untuk hambanya sejuta-juta kesyukuran sujud penuh takzim dengan kekuasaan ilahi dalam mencipta manusia yang seasalnya dari setitis air mani lelaki dan berkampung di kediaman wanita.penuh kebesaran pencipta kepada manusia,ya allah rabbu izati.manusia hanya kerdil seumpama seekor semut,namun tidak pernah melihat asal kejadiaan,tapi berangankan segah gunung tinggi menjulang di awangan.hakikatnya tidak sedemikian.selaut syukur penuh rahmat kerana masih dan akan terus bernafas dalam keredhaan rahmat allah yang berlandaskan ikutan rasul akhir zaman…….
Subhana Allah,Alhamdulillah,Allahu akhbar….

September 6, 2009

Bulan kemuliaan buat kita.......


Marhaban ya Ramadhan,bulan di mana nafas kita menjadi tasbih,tidur kita jugak menjadi ibadat,amalan kita diterima dan doa diijab oleh Allah S.W.T.
kita perlu dan sangat bersyukur pada Ilahi atas rahmat yang diberikan berbanding saudara kita di sempadan sana yang tidak dapat merasai apa yang kita rasaii sesaat ini.
selagi nafas kita bersatu di jasad,hargai apa yang ada tambahan di saat ini berada di dalam bulan penuh keberkatan dan kemuliaan.rebutlah apa yang kita masih tidak dapat merasai sebelum nafas kita berpisah dari jasad....masih belum terlewat untuk mengejar tapi sudah terlambat andai kita hendak mula berjalan untuk mengejarnya.......

September 5, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA.



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"......

September 4, 2009

realiti kehidupan...


Lumrah kehidupan aku dan jua teman-teman seperjuangan meneruskan sisa-sisa nafas yang dipinjamkan dari pencipta yang sementara jua di saujana alam indah dari sudut pandangan mata bagi semua insan sama ada memahami,mentafsir,mensyukuri.....kehidupan yang indah berterusan andai ukhuwah terjalin erat tanpa sekeping hati yang keruh basah melimpahi setangkai dedaun keikhlasan mekar menghijau di pepohon kejujuran.......
Di saat gugur menyembah bumi gersang,kita sesekali jangan alpha pada perhambahan duniawi jua meratapi pemergian.sebaliknya pengalaman sewaktu hidup jadikan ikhtibar dan perbaiki sebuah binaan untuk teratak semakin senja di penghujung ufuk jingga kemerahan sebuah kehidupan.....

Kerana jika hari ini bukan nasib kita,esok tetap menyinari sirna mentari.bakal menjemput kembali ke alam kekal.indahnya pemergiaan andai syahid berjuang menegakkan ISLAM hingga akhir nafas walaupun senjata lawan tepat di iris mata tiada sejentik gementar ketakutan hakikat kita tetap kalah di medah pertempuran.jiwa kita kental dalam bisikan nafas zikrulAllah membilang butiran tasbih.walaupun bersenjatankan peluru sebesar semangat jihad dan sekecil-kecil sebijik batu di padang sahara.kita tetap dalam jemaah....takbir...Allahu akbar(3x)